PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FUNGSI PENDIDIKAN KE ARAH PEMBANGUNAN
ABSTRAK Pendidikan merujuk kepada proses atau aktiviti mendidik dan membimbing kemahiran individu seperti kemahiran sosial, intelektual, fizikal dan emosi. Di dalam Islam, pendidikan bermaksud tarbiah, ta’dib dan ta’lim. Menurut Syeikh Yusuf al-Qardawi pendidikan merangkumi keselurahan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku yang bertujuan menyediakan manusia hidup dalam masyarakat bagi menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Pembangunan pula mempunyai erti yang luas merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia. Kebiasaannya pembangunan merujuk kepada pembangunan fizikal dan material. Namun begitu, pembangunan dalam pendidikan lebih kepada pembangunan modal insan yang merujuk kepada perubahan individu atau masyarakat dari segenap aspek kehidupan. PENDAHULUAN Di Malaysia, pendidikan adalah salah satu agenda utama dalam perancangan pembangunan negara. Bidang pendidikan mendapat peruntukan yang besar setiap kali Bajet Ta...