PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FUNGSI PENDIDIKAN KE ARAH PEMBANGUNAN

ABSTRAK

Pendidikan merujuk kepada proses atau aktiviti mendidik dan membimbing kemahiran individu seperti kemahiran sosial, intelektual, fizikal dan emosi. Di dalam Islam, pendidikan bermaksud tarbiah, ta’dib dan ta’lim. Menurut Syeikh Yusuf al-Qardawi pendidikan merangkumi keselurahan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku yang bertujuan menyediakan manusia hidup dalam masyarakat bagi menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Pembangunan pula mempunyai erti yang luas merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia. Kebiasaannya pembangunan merujuk kepada pembangunan fizikal dan material. Namun begitu, pembangunan dalam pendidikan lebih kepada pembangunan modal insan yang merujuk kepada perubahan individu atau masyarakat dari segenap aspek kehidupan.

 

PENDAHULUAN

Di Malaysia, pendidikan adalah salah satu agenda utama dalam perancangan pembangunan negara. Bidang pendidikan mendapat peruntukan yang besar setiap kali Bajet Tahunan Malaysia dibentangkan. Ini membuktikan komitmen kerajaan Malaysia dalam bidang pendidikan. Perdana Menteri Malaysia ke-5 Tun Abdullah bin Ahmad Badawi telah mencetuskan idea pembangunan modal insan yang merupakan strategi jangka panjang dalam memastikan generasi di Malaysia menjadi aset yang bernilai kepada negara.

 Bagi menjayakan proses pembangunan ini, ilmu pengetahuan adalah langkah utama dan paling penting yang perlu dikuasai. Dengan erti kata lain, pendidikan perlu dititikberatkan dalam masyarakat kerana melalui pendidikan rakyat akan dididik untuk menjadi lebih bertanggungjawab, produktif, kreatif dan inovatif. Konsep ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping berlimu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab terhadap keluarga, masyarakat dan negara.

 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara  Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

 

FUNGSI PENDIDIKAN

Fungsi pendidikan yang paling utama adalah untuk melahirkan manusia yang berpengetahuan dan mengembangkan potensi diri selari dengan fitrah dan nilai keharmonian manusia. Pendidikan yang berkualiti akan membentuk pemikiran yang sihat dan mendidik manusia untuk berfikir dengan rasional selain dari melahirkan manusia yang memahami erti kemerdekaan seterusnya manjadikan mereka rakyat yang bertanggungjawab dan cinta kepada negara. Secara tidak langsung, pendidikan memberi pengaruh yang besar terhadap pembangunan negara.

Antara pengaruh pendidikan terhadap pembangunan negara yang kita dapat lihat ialah pembangunan dari sudut ekonomi. Melalui pendidikan kemahiran yang disediakan oleh kerajaan, rakyat menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan dan meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran hasil ekonomi.

Selain itu juga, pendidikan sukan dan jasmani memberi sumbangan terbesar dalam pembangunan ekonomi. Pendidikan sukan dan jasmani yang diadakan di peringkat sekolah berjaya mencungkil bakat dan minat pelajar dalam bidang sukan seterusnya melahirkan atlet-atlet yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Proses ini akan membantu meningkatkan pembangunan pelancongan sukan apabila atlet-atlet luar negara datang ke Malaysia ketika kejohanan sukan diadakan.

Dari segi pembangunan agama dan sosial, pendidikan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang akhlak mulia dan hidup mengikut ajaran agama. Tambahan pula populasi rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama akan mencetuskan ketidakharmonian dan perselisihan sekiranya masyarakat tidak dididik dengan sebaiknya. Justeru, pendidikan amat penting untuk menjamin kesejahteraan, keharmonian, keselamatan dan memberi kesedaran kepada masyarakat dalam memupuk perpaduan antara kaum dan menghormati agama masing-masing.

Pendidikan juga banyak mempengaruhi pembangunan kehidupan rakyat yang semakin sedar dengan kepentingan penjagaan kesihatan. Ini dapat dilihat dengan pelbagai kempen dan program tentang penjagaan kesihatan yang diwar-warkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan terjaganya kesihatan, kehidupan masyarakat akan lebih berkualiti dan kadar kematian menurun. Selain itu juga

 

RUMUSAN

Pelaburan pendidikan adalah satu pelaburan yang penting untuk negara yang sedang membangun kerana ia membantu mengubah minda dan kehidupan rakyat. Melalui Falsafah Pedidikan Kebangsaan, Malaysia telah mewartakan falsafah pendidikan negara yang tersendiri dan mempunyai dasar pendidikan yang kukuh untuk memajukan negara melalui pendidikan.

 

REFERENCES

1) Zaini Abdullah (2021). Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah Dan Dasar.

2) Ilias, M.F. & Jasmi, K. A. (2011). Peranan Pendidikan Islam Dalam Pembangunan Modal Insan Kelas Pertama in Persidangan Kebangsaan Sains Sosial at Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) on 20 - 21 April 2011

3) Hussin Bin Sarju, Rohana Binti Hamzah, Amirmudin Bin Udin. Pendidikan: Matlamat Dan Fungsinya

Pendidikan_-_eprint4.pdf (utm.my)


Comments